Selamat Pengantin Baru
Jo & Norwariza
~11 Januari 2009~

Salam,
Seminggu yang lalu.....
Tahniah buat Nor Azlin b. Ngah (jOnOs) dan Norwariza (kak Nor). Selamat Pengantin Baru. Seminggu awal sesi persekolahan Fini tinggal di Lentang. Hari Jumaat balik ke rumah, tgok2 ada kad. Dlm hati siapa pula yg kwin ni, tak de dengar khabar...alih2 tengok...alamak lusa. (masa tu la). Terus sms Nawal dan contact kak Dila. Mereka ni kawan Fini sewaktu Fini dan Nawal praktikal di Al-Ameen Serve Holdings dulu. :) Jo ni illustrator dan kak Nor ni editor. Fini & Nawal selalu la tumpang kak Nor ni masa pi makan memula dulu. Semua staff AASH baik2 dan banyak yang kami pelajari di sana walaupun sekejap. Kami ke sana tumpang kak Dila dr LRT Wangsa Maju. Erm, baru je tau yang kak Dila sudah mendirikan rumahtangga bila dia perkenalkan suami dia yang memandu. Lama juga tak berhubung dengan mereka selain sewaktu Pesta Buku Antarabangsa, Fini akan ke booth AASH waktu Fini bertugas di PYSB dulu. Fini dan Nawal pun nak jumpa staff2 AASH, tapi kami tak sempat jumpa ramai. Sempat juga la jumpa dengan CM dan family, Ijal dan family dan Kak Lah dan anaknya. Ijal dan Kak Lah ni, masa Fini praktikal dulu, diorang tak kawin lagi. Sekarang memasing dah ada anak perempuan. :) Kak Lah pun sedang mengandung anak yang kedua pula.
p/s : Huhu, takut juga ni...19hb ni mula praktikum. Awal seminggu dari tarikh yang diberitahu masa taklimat di IPKT dulu. Doa2 kan untuk Fini ye. Cerita2 yang berlaku di sekolah di post poned dulu (gmbr tak transfer lagi). Entry ni pun sbb baru je buka email and dpt gmbr dr Nawal, taip je la kan?












1 comment:
tahniah to JO n Kak nor...moga berkekalan hingga ke anak cucu... ^^
Post a Comment